Pages

Rahsia Jana Wang Dengan Online Internet

Selamat Datang ke laman web Hallo Niaga. Laman web ini ditujuan kepada setiap orang yang bercita-cita tinggi hendak berjaya dalam bisnes online. Di sini terdapat pelbagai maklumat dan cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana wang hanya dari rumah sahaja. Tidak kira anda belum bekerja, masih belajar, melakukan secara sambilan, saya pasti jika anda mengikuti petua-petua yang diberikan. Anda pasti akan berjaya melakukannya. Semoga kita semua akan terus berjaya dalam bisnes online ini.


Monday, October 18, 2010

Panduan Membina Laman blog

Mahukah anda untuk menjana wang anda dengan menggunakan blog? Pada zaman sekarang semakin ramai orang menggunakan blog untuk menjana pendapatan mereka. Tidak kira sama secara tetap atau sambilan. Dengan membina blog sahaja masih tidak mencukupi untuk menjana pendapatan anda. Anda perlulah membuat strategi dan sistem yang berkesan untuk memastikan ramai pengunjung yang datang melawat blog anda serta membeli produk yang digemari.

Antara kelebihan memiliki Blog

  • Membina kredibiliti bagi kepakaran anda
  • Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda
  • Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate
  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda
  • Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan
  • Menambah rangkaian perniagaan melalui internet
  • dan banyak lagi faedah blog!