Pages

Rahsia Jana Wang Dengan Online Internet

Selamat Datang ke laman web Hallo Niaga. Laman web ini ditujuan kepada setiap orang yang bercita-cita tinggi hendak berjaya dalam bisnes online. Di sini terdapat pelbagai maklumat dan cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana wang hanya dari rumah sahaja. Tidak kira anda belum bekerja, masih belajar, melakukan secara sambilan, saya pasti jika anda mengikuti petua-petua yang diberikan. Anda pasti akan berjaya melakukannya. Semoga kita semua akan terus berjaya dalam bisnes online ini.


Sunday, November 7, 2010

Tips Memulakan Perniagaan Internet Anda

Anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perniagaan internet ini kerana anda hanya perlu membaca dan mengikuti langkah-langkah yang saya akan tunjuk nanti.Anda juga boleh membaca e-book bagi setiap topik yang akan dibincangkan nanti.

Perkara-perkara yang anda perlu sediakan sebelum memulakan Perniagaan Internet anda
    1. Komputer adalah keperluan asas untuk membuat perniagaan Internet ini. Ia digunakan untuk mengakses Internet serta membina laman web.
    2. Laman web - Anda boleh menggunakan laman web percuma seperti wordpress atau blogger. Ataupun membuat sendiri laman blog anda. Laman web adalah penting supaya anda dapat memasarkan produk-produk anda kepada orang ramai.
    3. Perisian seperti adobe photoshop amat berguna untuk anda mengedit gambar produk anda ke dalam laman web anda.
    4. Bisnes yang ingin dijalankan - anda harus tahu tentang bisnes yang ingin anda lakukan. Apakah servis atau produk yang dapat anda pasarkan kepada orang ramai. Jika anda masih tidak mempunyai idea atau tidak mempunyai produk yang hendak dipasarkan anda boleh menyertai program affiliate. Affiliate ialah kita mempromosikan barang orang/syarikat lain dan mendapat komisen daripada hasil jualan tersebut.
    5. E-Mail - Email adalah penting untuk kita berinteraksi dengan pelanggan kita. Setiap email yang diterima hendaklah dibalas dengan cepat agar pelanggan akan lebih yakin dengan kita. Kita boleh mendaftarkan email di yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya.
    6. Kad Kredit/Debit - Kad Kredit/debit adalah penting untuk membuat pembayaran kepada penjual di luar negara. Kebanyakan usahawan internet menggunakan paypal sebagai medium untuk melakukan urusniaga. Paypal juga memerlukan butiran kad kredit atau debit dalam pendaftaran.
Saya akan membincangkan dengan lebih terperinci lagi tentang tip-tip dan cara-cara untuk mempopularkan laman web anda supaya perniagaan anda lebih maju.

Friday, November 5, 2010

Panduan Minisite

" Miliki 8 Bab Eksklusif Langkah Demi Langkah Pembinaan Laman Web Pemasaran Yang Paling Menguntungkan Di Internet! "

Anda Bakal Berkemampuan Untuk Membina Laman Web Pemasaran Anda Sendiri Tanpa Perlu Untuk Mengupah Sesiapa Pun!

 

Ini adalah panduan eksklusif yang merangkumi video tutorial lengkap berkaitan pembinaan laman web minisite untuk tujuan pemasaran anda!
Dalam video tutorial ini, anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina laman web minisite anda menggunakan perisian HTML Editor Popular dan Percuma dan menjadikan laman web anda umpama sebuah laman web yang professional!
Nota: Video ini diterangkan dalam Bahasa Malaysia

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Klik Disini


Mencari Nama Domain & Webhosting untuk Laman Web baru anda

1. Nama Domain

Setelah tahu produk apa yang ingin anda jual, anda haruslah menamakan bisnes anda atau lebih dikenali sebagai Domain Name. Nama Domain yang dipilih haruslah mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Nama Domain yang ringkas dan unik adalah lebih baik supaya orang ramai akan senang mengingati laman web anda. Senaraikan beberapa nama domain yang anda rasa sesuai dan anda boleh melayari web seperti http://www.domaintools.com untuk menyemak sama ada domain tersebut wujud ataupun tidak.

Untuk membeli nama domain, anda boleh melayari laman web berikut:
  1. www.jomhosting.net
  2. www.internet-webhosting.com

2. Memilih Webhosting

Seterusnya anda haruslah memilih webhosting yang sesuai untuk laman web anda. Terdapat pelbagai web yang menawarkan khidmat ini.

  1. www.namsahaz.com
  2. www.jomhosting.net 
  3. www.internet-webhosting.com 

Kebiasaannya terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Anda boleh memilih pakej yang termurah untuk memulakan perniagaan anda. Anda boleh tukar ke pakej lebih baik jika anda kekurangan ruang. Kebanyakan syarikat menawarkan harga yang serupa untuk setiap pakej.

Wednesday, November 3, 2010

Pemilihan Produk untuk perniagaan Internet anda.

Pemilihan Produk atau perkhidmatan yang hendak dijual sangat penting kerana ia akan menentukan kejayaan dalam perniagaan internet. Produk yang hendak dijual boleh berbentuk fizikal atau digital. Produk fizikal adalah arang yang dapat disentuh seperti kamera, basikal, buku, jam tangan dan barang permainan. Produk digital adalah seperti perisian komputer, e-book, laman web atau sebagainya.

PRODUK FIZIKAL

Kajian hendaklah dibuat sebelum memasarkan produk yang kita pilih. Ini adalah supaya kita dapat mengkaji produk yang hendak dipasarkan mendapat permintaan yang tinggi dalam perniagaan internet ini. Kita boleh melawat laman web seperti www.ebay.com ataupun www.amazon.com untuk melihat produk yang paling diminati oleh orang ramai.

Setelah mengenal pasti produk yang ingin dipasarkan, kita haruslah mencari pembekal yang menjual secara borong untuk mendapatkan harga yang paling murah supaya kita akan mendapat keuntungan yang besar daripadanya.

PRODUK DIGITAL

Bagi produk digital pula , kita boleh menjual produk yang dibuat sendiri seperti e-book, laman web atau perisian komputer. Kita boleh juga menjual produk-produk yang mempunyai Resale Right ataupun produk Private Label Right(PLR). Produk seperti ini memberi kebenaran untuk kita menjual semula produk tersebut.
Kita boleh membeli produk yang mempunyai label Private Label Right(PLR) dan melakukan pengubah suaian tanpa dikenakan tindakan undang-undang. Laman web yang menyediakan perkhidamatan ini ialah:
  • www.giveawaymembership.com
  • www.theplrstore.com
  • www.super-resell.com

Jika anda masih tidak mempunyai idea untuk membuat sendiri produk digital ataupun sukar untuk mencari produk fizikal. Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh menyertai Program Affiliate. Program Affiliate ialah dimana anda akan mempromosikan produk sesebuah syarikat dan jika ada pembelian dilakukan menerusi laman web anda, anda akan dibayar komisen. Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai produk sendiri. Melalui program Afflate ini, anda juga dapat menjana wang yang banyak dengan hanya mempromosikan barangan syarikat yang diwakili. Antara Laman Web yang menyediakan program ini ialah:
  • www.clickbank.com
  • www.amazon.com
  • www.jomhosting.net
  • dan banyak lagi..

Monday, October 18, 2010

Panduan Membina Laman blog

Mahukah anda untuk menjana wang anda dengan menggunakan blog? Pada zaman sekarang semakin ramai orang menggunakan blog untuk menjana pendapatan mereka. Tidak kira sama secara tetap atau sambilan. Dengan membina blog sahaja masih tidak mencukupi untuk menjana pendapatan anda. Anda perlulah membuat strategi dan sistem yang berkesan untuk memastikan ramai pengunjung yang datang melawat blog anda serta membeli produk yang digemari.

Antara kelebihan memiliki Blog

  • Membina kredibiliti bagi kepakaran anda
  • Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda
  • Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate
  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda
  • Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan
  • Menambah rangkaian perniagaan melalui internet
  • dan banyak lagi faedah blog!