Pages

Rahsia Jana Wang Dengan Online Internet

Selamat Datang ke laman web Hallo Niaga. Laman web ini ditujuan kepada setiap orang yang bercita-cita tinggi hendak berjaya dalam bisnes online. Di sini terdapat pelbagai maklumat dan cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana wang hanya dari rumah sahaja. Tidak kira anda belum bekerja, masih belajar, melakukan secara sambilan, saya pasti jika anda mengikuti petua-petua yang diberikan. Anda pasti akan berjaya melakukannya. Semoga kita semua akan terus berjaya dalam bisnes online ini.


Friday, November 5, 2010

Mencari Nama Domain & Webhosting untuk Laman Web baru anda

1. Nama Domain

Setelah tahu produk apa yang ingin anda jual, anda haruslah menamakan bisnes anda atau lebih dikenali sebagai Domain Name. Nama Domain yang dipilih haruslah mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Nama Domain yang ringkas dan unik adalah lebih baik supaya orang ramai akan senang mengingati laman web anda. Senaraikan beberapa nama domain yang anda rasa sesuai dan anda boleh melayari web seperti http://www.domaintools.com untuk menyemak sama ada domain tersebut wujud ataupun tidak.

Untuk membeli nama domain, anda boleh melayari laman web berikut:
  1. www.jomhosting.net
  2. www.internet-webhosting.com

2. Memilih Webhosting

Seterusnya anda haruslah memilih webhosting yang sesuai untuk laman web anda. Terdapat pelbagai web yang menawarkan khidmat ini.

  1. www.namsahaz.com
  2. www.jomhosting.net 
  3. www.internet-webhosting.com 

Kebiasaannya terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Anda boleh memilih pakej yang termurah untuk memulakan perniagaan anda. Anda boleh tukar ke pakej lebih baik jika anda kekurangan ruang. Kebanyakan syarikat menawarkan harga yang serupa untuk setiap pakej.

No comments:

Post a Comment