PRODUK FIZIKAL
Kajian hendaklah dibuat sebelum memasarkan produk yang kita pilih. Ini adalah supaya kita dapat mengkaji produk yang hendak dipasarkan mendapat permintaan yang tinggi dalam perniagaan internet ini. Kita boleh melawat laman web seperti www.ebay.com ataupun www.amazon.com untuk melihat produk yang paling diminati oleh orang ramai.
Setelah mengenal pasti produk yang ingin dipasarkan, kita haruslah mencari pembekal yang menjual secara borong untuk mendapatkan harga yang paling murah supaya kita akan mendapat keuntungan yang besar daripadanya.
PRODUK DIGITAL
Bagi produk digital pula , kita boleh menjual produk yang dibuat sendiri seperti e-book, laman web atau perisian komputer. Kita boleh juga menjual produk-produk yang mempunyai Resale Right ataupun produk Private Label Right(PLR). Produk seperti ini memberi kebenaran untuk kita menjual semula produk tersebut.
Kita boleh membeli produk yang mempunyai label Private Label Right(PLR) dan melakukan pengubah suaian tanpa dikenakan tindakan undang-undang. Laman web yang menyediakan perkhidamatan ini ialah:
- www.giveawaymembership.com
- www.theplrstore.com
- www.super-resell.com
Jika anda masih tidak mempunyai idea untuk membuat sendiri produk digital ataupun sukar untuk mencari produk fizikal. Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh menyertai Program Affiliate. Program Affiliate ialah dimana anda akan mempromosikan produk sesebuah syarikat dan jika ada pembelian dilakukan menerusi laman web anda, anda akan dibayar komisen. Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai produk sendiri. Melalui program Afflate ini, anda juga dapat menjana wang yang banyak dengan hanya mempromosikan barangan syarikat yang diwakili. Antara Laman Web yang menyediakan program ini ialah:
- www.clickbank.com
- www.amazon.com
- www.jomhosting.net
- dan banyak lagi..
No comments:
Post a Comment