Perkara-perkara yang anda perlu sediakan sebelum memulakan Perniagaan Internet anda
- Komputer adalah keperluan asas untuk membuat perniagaan Internet ini. Ia digunakan untuk mengakses Internet serta membina laman web.
- Laman web - Anda boleh menggunakan laman web percuma seperti wordpress atau blogger. Ataupun membuat sendiri laman blog anda. Laman web adalah penting supaya anda dapat memasarkan produk-produk anda kepada orang ramai.
- Perisian seperti adobe photoshop amat berguna untuk anda mengedit gambar produk anda ke dalam laman web anda.
- Bisnes yang ingin dijalankan - anda harus tahu tentang bisnes yang ingin anda lakukan. Apakah servis atau produk yang dapat anda pasarkan kepada orang ramai. Jika anda masih tidak mempunyai idea atau tidak mempunyai produk yang hendak dipasarkan anda boleh menyertai program affiliate. Affiliate ialah kita mempromosikan barang orang/syarikat lain dan mendapat komisen daripada hasil jualan tersebut.
- E-Mail - Email adalah penting untuk kita berinteraksi dengan pelanggan kita. Setiap email yang diterima hendaklah dibalas dengan cepat agar pelanggan akan lebih yakin dengan kita. Kita boleh mendaftarkan email di yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya.
- Kad Kredit/Debit - Kad Kredit/debit adalah penting untuk membuat pembayaran kepada penjual di luar negara. Kebanyakan usahawan internet menggunakan paypal sebagai medium untuk melakukan urusniaga. Paypal juga memerlukan butiran kad kredit atau debit dalam pendaftaran.
